Rabu, 05 Oktober 2011

SYAIKH MUHAMMAD AL-GHAZALI (Dai dan Mujaddid, 1335 - 1416H./1917-1996 M.) Bahagian 2

Oleh Abdullah al-'Aqil


Komentar Umum Mengenai Syaikh Muhammad Al-Ghazali

Satu hal yang membanggakan Syaikh Muhammad Al-Ghazali ialah beliau menerima surat daripada Imam Al-Banna, padahal ketika itu beliau masih muda belia pada tahun 1945. Surat Imam Al-Banna tersebut berbunyi, "Saudaraku yang mulia, Syaikh Muhammad Al-Ghazali... Assalamu 'alaikum warahmatullahi wa barakatuh. Saya sudah membaca makalah Anda yang bertema Al-Ikhwanul Muslimun wal Ahzab dalam edisi akhir majalah Ikhwanul Muslimun. Saya sangat kagum dengan ungkapan makalah tersebut yang ringkas, maknanya yang cermat, dan adabnya yang sopan. Seperti inilah hendaknya kalian menulis, wahai Ikhwan! Menulislah dengan dorongan hati yang tulus. Semoga Allah Ta'ala selalu bersamamu. Wassalamu 'alaikum warahmatullah wa barakatuh. Hasan Al-Banna."

Dr. Abdush Shabur Syahin berkata, "Yang saya tulis ini adalah penghormatan bagiku, sebelum menjadi pengantar buku. Kerana, buku yang di sampulnya tertulis nama Ustadz Al-Ghazali tidak lagi memerlukan pengantar. Menurutku, beliau meraih mahkota ilmu yang melimpah.Dunia telah membaca puluhan bukunya tentang Islam dan dakwah. Juga menerima karya yang belum pernah diterima dari seorang pun yang sezaman dengannya. Kita dapat mengatakan, zaman kita sekarang ini milik Ustadz Al-Ghazali." Ustadz Umar Ubaid Hasanah, Pemimpin Redaksi Majalah Al-Ummah Al-Quthriyah mengatakan, "Tulisan-tulisan Syaikh Al-Ghazali mengandungi buaian kasih seorang ibu kepada anaknya yang sakit dan takut meninggal dunia kerana penyakitnya. Juga mengandungi ketajaman seorang doktor yang memberikan rawatan dan kadang kala proses rawatan memerlukan kepada pembedahan. Buku-buku karya Al-Ghazali mengundang banyak reaksi, baik dari dalam mahupun luar negeri. Beliau berada di garisan depan, kerana "memahami celah yang dapat dirasuki musuh-musuh Islam."
 Ustadz Quthb Abdul Hamid Quthb berkata, "Saya merupakan salah seorang daripada berpuluh-puluh ribu orang yang sangat rindu kepada dai besar Syaikh Muhammad Al-Ghazali. Saya bersaksi kecintaanku kepada ulama besar dan dai terkenal ini melebihi kecintaanku kepada diriku sendiri.Beliau merupakan salah seorang daripada sekelompok kecil orang-orang istimewa yang ilmu dan keutamaannya menambahkan generasi, baik di Mesir mahupun di negeri-negeri Islam yang lain. Hal ini tidak menghairankan, kerana beliau sendiri terlibat dalam buaian dakwah dan berguru kepada pakar-pakar ilmu, para pemikir, dan tokoh-tokoh dakwah, antara lain Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna." Dr. Abdus Sattar Fathullah Said berkata, "...Sejarah Islam tidak akan melupakan upaya para pemimpin dalam menghalau serangan Jahiliyah dan menghimpun umat di sekeliling ajaran Islam yang syamil (tidak membeza-bezakan). Gelombang keupayaan untuk membela kebenaran datang secara silih berganti. Dalam madrasah rabbaniyah yang didirikan oleh Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna, syaikh kita, Muhammad Al-Ghazali, terlibat dan ikut memikul amanah dakwah bersama tokoh-tokohnya.
            Dengan kurnia Allah Ta'ala, beliau menjadi salah seorang tokoh yang terkemuka, yang tidak henti-henti meninggikan bendera dakwah di hadapan kesenangan dan keingkaran. Dengan pena dan lisannya, beliau membela kemuliaan Islam, mengungkap hakikat wahyu yang luhur, dan memerangi jahiliyah, pada saat para penguasa zalim menjerumuskan umat kita ke dalam kegelapan."
Syaikh Al-Azhar, Dr. Abdul Halim Hamid Mahmud, mengakui kemuliaan dan membanggakan Syaikh Muhammad Al-Ghazali dengan mengatakan, "Kita punya Al-Ghazali yang masih hidup dan Al-Ghazali penyusun kitab Al-Ihya'." (iaitu Muhammad Al-Ghazali dan Imam Al-Ghazali penyusun buku Ihya` Ulumud Din.) Aktivis muda Islam memperoleh manfaat dari ilmu, keberanian, keterusterangan, kejujuran, dan kejelasan sikap Syaikh Muhammad Al-Ghazali. Beliau mempunyai kader di Al-Azhar Mesir, Ummul Qura Makkah Al-Mukarramah, Fakulti Syariah Qatar, Universitas Al-Amir Abdul Qadir Lil 'Ulum Al-Islamiyah Aljazair, dan kader lain yang terbina melalui khutbah, kajian, ceramah, seminar, buku, makalah, pertemuan, dan muktamar. Kader Syaikh Muhammad Al-Ghazali yang mencapai ribuan di penjuru dunia Islam setia pada dakwah Islam, mengibarkan bendera Islam bersama syaikh mereka, dan menyebarkan ke berbagai-bagai penjuru untuk menyampaikan ajaran Islam, menuntun umat kepada kebaikan, keuntungan, kejayaaan, dan kemenangan. Di antara murid al-Ghazali, ada yang menjadi ulama besar. Antaranya Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Syaikh Manna'  Qathan, Dr. Ahmad Assal, dan ramai lagi.

Karya-karya Ilmiah Syaikh Muhammad al-Ghazali

Syaikh Muhammad Al-Ghazali mewariskan lebih enam puluh buku dalam berbagai-bagai tema, termasuk ceramah, seminar, khutbah, nasihat, kajian, dan dialog yang disampaikan di Mesir mahupun di luar Mesir. Khutbah yang beliau sampaikan di Jami' Al-Azhar, Jami' 'Amr bin Al-Ash, dan khuthbah 'Id di lapangan Abidin serta Jami' Mahmud mempunyai makna dan pengaruh yang sangat besar, kerana dihadiri oleh ribuan pendengar. Buku-buku Syaikh Muhammad Al-Ghazali yang terbit lebih daripada sekali, baik di Mesir mahupun di luar Mesir sangat banyak. Antaranya ialah:

1. Al-Islam wal Audla'ul Iqtishadiyah
2. Al-Islam wal Manahijul Isytirakiyah
3. Min Huna Na'lam
4. Al-Islam wal Istibdadus Siyasi
5. Aqidatul Muslim.
6. Fiqhus Sirah.
7. Zhalamun minal Gharb
8. Qadza-iful Haq
9. Hashadul Ghurur.
10. Jaddid Hayatak.
11. Al-Haqqul Murr
12. Raka-izul Iman bainal Aqli wal Qalb.
13. At-Ta'ashub wat Tasamuh bainal Masihiyah wal Islam.
14. Ma'allah
15. Jihadud Da'wah baina 'Ajzid Dakhil wa Kaidil Kharij
16. Ath-Thariqu min Huna
17. Al-Mahawirul Khamsah lil Qur'anil Karim.
18. Ad-Da'watul Islamiyah Tastaqbilu Qarnahal Khamis Asyar
19. Dusturul Wihdatits Tsaqafiyah lil Muslimin.
20. Al-Janibul Athifi minal Islam
21. Qadloyal Mar'ah bainat Taqalidir Rakidah wal Wafidah.
22. As-Sunnatun Nabawiyah baina Ahlil Fiqhi wa Ahlil Hadits
23. Musykilatun fi Thariqil Hayatil Islamiyah.
24. Sirru Ta'akhuril `Arabi wal Muslimin.
25. Kifahud Din.
26. Hadza Dinuna.
27. Al-Islam fi Wajhiz Zahfil Ahmar.
28. 'Ilalun wa Adwiyah.
29. Shaihatu Tahdzirin min Du'atit Tanshir
30. Ma'rakatulMushaffil 'Alamil Islami
31. Humumu Da'iyah
32. Miatu Sualin 'anil Islam
33. Khuthabun fi Syu'unid Din wal Hayah (lima jilid)
34. Al-Ghazwul Fikri Yamtaddu fi Faraghina
35. Kaifa Nata'amal maal Qur'anil Karim
36. Mustaqbalul Islam Khariju Ardlihi, Kaifa Nufakkir Fihi?
37. Nahwa Tafsirin Maudlu'i li Suwaril Qur'anil Karim.
38. Min Kunuzis Sunnah
39. Taammulat fid Din wal Hayah
40. Al-Islam Al-Muftara 'Alaihi Bainasy Syuyu'iyin war Ra'simaliyin
41. Kaifa Nafhamul Islam?
42. Turatsunal Fikri fi Mizanisy Syar'I wal 'Aqli
43. Qishshatu Hayah
44. Waqi'ul 'Alamil Islami fi Mathla'il Qarnil Khamis 'Asyar - Fannudz Dzikri  
      wadDu'a 'Inda Khatimil Anbiyaa
45. Haqiqatul Qaumiyatil 'Arabiyah wa Usthuratil Ba'tsil 'Arabi
46. Difa'un 'anil Aqidati wasy Syari'ah Dliddu Matha'inil Mustasyriqin
47. Al-Islam wath Thaqatul Mu'aththalah.
48. Al-Istimar Ahqadun wa Athma'
49. Huququl Insan Baina Ta'alimil Islam wa I'lanil Umamil  Muttahidah
50. Nadlaratun fil Qur'an
51. Laisa minal Islam
52. Fi Maukibid Dakwah
53. Khuluqul Muslim
54. Dan lain sebagainya.

Sebahagian besar buku-buku ini telah diterjemahkan ke beberapa bahasa. Antaranya ialah: Bahasa Inggeris, Turki, Perancis, Urdu, Indonesia, dan lain sebagainya. Majoriti penterjemah adalah murid-murid Syaikh Muhammad Al-Ghazali, orang-orang yang mengaguminya, dan orang-orang yang mendapat manfaat dari curahan ilmunya.
  
Sifat-Sifat Syaikh Muhammad Al-Ghazali

Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata, "Mungkin Anda berbeza pandangan dengan al-Ghazali,  atau beliau berbeza pendapat dengan Anda dalam masalah-masalah kecil mahupun besar, sedikit atau banyak masalah. Tetapi, apabila Anda mengenalinya dengan baik, Anda pasti akan mencintai dan menghormatinya. Kerana Anda tahu keikhlasan dan ketundukannya kepada kebenaran, keistiqomahan orientasi, dan ghirahnya yang murni untuk Islam. Sememangnya, Al-Ghazali adalah seorang yang mudah tersinggung. Kemarahannya meluap-luap seperti ombak lautan yang menghanyutkan, atau seperti letusan gunung berapi yang dashsyat. Beliau mempunyai sikap seperti itu kerana beliau amat benci kezaliman dan kehinaan, baik pada dirinya atau orang lain, tidak suka berlaku zalim atau dizalimi, seorang yang tidak suka merendahkan kehormatan sesiapa pun dan direndahkan siapa pun, serta tidak menyukai penyimpangan, terutama apabila berkaitan dengan agama. Beliau akan memerangi itu semua secara sembunyi mahupun terang-terangan.
Meskipun beliau seorang yang mudah marah, namun kemarahannya sangat mudah untuk reda. Beliau sangat mudah kembali kepada kebenaran, apabila telah mendapatkan kejelasan.Beliau langsung tidak peduli meskipun kekeliruannya dihebah-hebahkan. Inilah keberanian yang tidak dimiliki kecuali oleh sebahagian kecil manusia. Beliau menjadi seorang yang sangat berani ketika menyerang hal-hal yang diyakininya keliru dan juga ketika beliau mengakui kekeliruannya.
Banyak orang mengkritik sebahagian pendapat dan fatwa Syaikh Muhammad Al-Ghazali yang tidak sejalan dengan pemahaman mereka. Tetapi, sepengetahuanku fatwanya tidak pernah menyimpang dari ijma' umat. Syaikh Ibnu Taimiyah juga pernah dituduh menyimpang dari ijma' dalam masalah thalaq dan masalah-masalah yang berkaitan dengannya. Kenyataan seperti ini dikomen oleh salah seorang murid Ibnu Taimiyah, Imam Adz-Dzahabi. 'Ibnu Taimiyah mengeluarkan fatwa yang mencoreng kehormatannya, tapi fatwa itu tertutup oleh lautan ilmunya.'
            Muhammad Al-Ghazali mengakui kemuliaan dan keutamaan saudara-saudaranya, misalnya Syaikh Sayyid Sabiq, Syaikh Abdul Muiz Abdus Sattar, Syaikh Zakaria Az-Zaukah, Syaikh Ismail Hamdi, dan lain-lain. Saya sangat malu ketika beliau berkata di depan umum, 'Bertanyalah kepada Yusuf Al-Qaradhawi, karena ia lebih utama dariku. Dulu ia muridku, tapi sekarang aku muridnya.' Sikap seperti ini tidak dimiliki kecuali oleh orang-orang yang benar-benar tulus."
Pertemuan penulis dengan Syaikh Muhammad Al-Ghazali sering terjadi. Pertemuan itu berlangsung berulang-ulang kali semenjak pertama kali di Mesir pada tahun 1949, hingga beliau kembali ke rahmatullah. Syaikh Muhammad Al-Ghazali berkunjung ke Kuwait dan menyampaikan ceramah serta khutbah lebih daripada sekali. Kami sangat berbahagia dapat mengikuti seminar yang diselenggarakan pada setiap petang Jumaat . Seminar terakhir yang saya ikuti ialah seminar yang beliau hadiri bersama Syaikh Abdul Aziz Al-Muthawwi' dan Dr. Isham Al-Basyir. Saya juga sering mengunjunginya di Kairo. Kunjunganku kali terakhir terjadi menjelang wafatnya. Allah Ta'ala menghendaki Syaikh Muhammad Al-Ghazali menghadiri seminar tentang Islam dan Barat. Ketika itu saya sedang berkunjung Damaskus. Tiba-tiba tersiar berita yang mengguncangkan tubuhku kerana sedih berpisah dengannya. Beliau merupakan guru dan pembimbingku. Aku banyak berhutang budi padanya. Ustadz Abdul Aziz Abdullah Salim berkata dalam surat kabar Ar-Riyadl, "Al-Ghazali ulama terkemuka, dai pembaharu, mujahid yang tulus,pejuang yang sangat berani, penulis yang memiliki ruh sastera dan gaya bahasa yang sukar dicari tandingannya.”

Kembali ke Rahmatullah

Syaikh Muhammad Al-Ghazali wafat di Riyadh, Arab Saudi, tanggal 9 Mac 1996. Jenazahnya dipindahkan ke Madinah Al-Munawwarah, untuk dimakamkan di Al-Baqi'. Yang mulia Amir Abdullah bin Abdul Aziz Ali Sa'ud memiliki peranan penting dalam memberikan penghargaan kepada Al-Ghazali, baik ketika masih hidup mahupun setelah meninggal. Juga memberikan bantuan kepada keluarganya. Semoga Allah Ta'ala merahmati syaikh kita yang mulia, Muhammad Al-Ghazali, memberi balasan yang baik kerana jasa-jasanya kepada kaum muslimin. Semoga Allah Ta'ala mengumpulkan kita dan dia bersama para nabi, shiddiqin, dan para syuhada. Merekalah sebaik-baik teman.

“Islam bermula dengan keadaan tersisih dan akan kembali kepada keadaan tersisih sebagaimana mulanya.Justeru itu Syurgalah balasannya kepada orang yang tersisih.”
  
Dipetik daripada “ Mereka Yang Telah Pergi ” , ditulis oleh Al- Mustasyar Abdullah Al-Aqil, terbitan Al-I’tishom Cahaya Umat.
  
Disalin dan diedit kembali dari Risalah Tsulasa’ Edisi 2, 24 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online.

www.info-iman.blogspot.com

Label

'idul adha adab dan sunnah adik saudara sepersusuan adzan air kencing bayi air kencing Rasulullah Akhirat akhlak Akhlaq Kepribadian Akhwat akidah Al Qur'an Al Qur#039;an Al Quran Al-Qur'an Alam Aliran-aliran Amalan AMALIYAH NU anak Analisa Angin Aqidah Aqiqah Artikel Artikel IImiah Asmara Astronomi ASWAJA Azab Bab Adab Bab Nikah Bab Puasa Bab Sholat Bab Thaharah Bab Zakat bantahan belajar islam Berita bersin Bid'ah bid'ah dalam aqidah bid'ah dalam ibadah Biografi Biologi Bisnis Blackberry Budaya Budi Daya buka puasa buku Cantik Fisik catatanku Cerpen Chairil Anwar Curahan Hati Curhat daging qurban Dakwah Dakwah Pemikiran Islam dakwah umum Dambaan insan Dari Salafushshalih Dasar Islam Dasar Keislaman demam Desain Dhaif Do'a do'a buka puasa Do'a dan Dzikir Doa doa bersama doa sholat tarawih download dunia islam Dunia Islam Kontemporer Dzikir dzikir dengan tangan kiri Ekonomi Eksoplanet Emansipasi Emha Ainun Nadjib Fakta Ilmiah Fakta Jin-Iblis-Syetan Fakta Manusia faraidh Fenomena Asteroid Fenomena Bencana Alam Fenomena Bintang Fenomena Bulan Fenomena Bumi Fenomena Hewan Fenomena Kutub Fenomena Langit Fenomena Matahari Fenomena Meteorit Fenomena Petir Fenomena Planet Fenomena Ruang Angkasa Fenomena Tumbuhan Fiqh Fiqh Muamalat Fiqh Wanita Fiqih Fisika Galaksi Geografi Geologi gerhana gigi palsu Hadis Hadis 40 hadist Hadits Hadits Palsu HAID Halal Haram HAM HARI RAYA ID HUKUM ISLAM hukum natal bersama hutang i'tikaf Ibadah ibadah yang baik ibu mertua ilmu ilmuan muslim Ilmuwan imam terlalu cepat bacaannya IMAN Inovasi intermezzo Internet Iptek iqomah isbal Islam jabat tangan setelah sholat JADWAL RAMADHAN Jagad Raya Jalaluddin Rumi jamaah sholat jumat jenazah Jual Beli judi junub Kabar Dalam Negeri kabar manca negara Kahlil Gibran Kajian Karya Buku Karya Ulama KB Keajaiban Alam Keajaiban Hewan KECANTIKAN Kecelakaan Maut Kehutanan Kelautan keluarga Kepemerintahan Kepengurusan Kerajaan Kesehatan Keuangan Keutamaan KHITAN Khitan Wanita khurofat Khutbah Khutbah Jum'at khutbah jumat Khutbah Rasulullah saw Kiamat Kidung Hati Kimia Kisah Kisah Kami Kisah Nyata Kisah Orang-Orang Shaleh Kisah Teladan Komputer Konversi Energi Kosmologi Kumpulan Do'a Kumpulan Kata lafadz adzan lafadz iqomah Lain-Lain Lalu Lintas lembaga sosial Lingkungan Hidup Lubang Hitam macam puasa sunnah mahram Makanan mandi jum'at mandi wajib Manhaj Manusia Manusia dan Teknologi masjid masjid quba Masuk Perguruan Tinggi Matahari Materi gelap Mayit media cetak memandikan jenazah membayar zakat memotong kuku memotong rambut mendahului gerakan imam menemani sholat jamaah menembok kuburan mengadzankan mayit di liang kubur mengangkat tangan menghadiahkan pahala mengqadha puasa menguburkan jenazah mengucapkan selamat natal mengusap kepala Mengusap muka setelah berdoa menikah di bulan syawwal menikah setelah berzina meninggal dunia Meninggalkan sholat jum'at menjawab adzan menjual kotoran hewan menyapu kepala menyentuh wanita Meteorologi Meteorologi-Klimatologi mihrab Mineralogi minum air zamzam Motivasi motivasi belajar Motivasi Beramal MQ (menejemen qolbu) mu'athilah Muallaf muamalah Muhasabah Mungkar murottal Muslimah Muslimah Articles Musyabbihah Mutiara Hikmah Mutiara Kalimat Mutiara Tafakur Nabi Muhammad Nagham Alqur'an Nasehat Neraka News niat sholat nikah nisfu aya'ban Oase Iman Olah Raga OLAHRAGA Otak PAKAIAN panas PAUD Pendidikan Penelitian penelitian sunnah Pengembangan Diri Pengobatan Akibat Sihir Peninggalan Sejarah Penjajahan Pentingnya Waktu Peradaban Islam Perbandingan Agama dan Aliran Perbankan Pergaulan Perkawinan Perkembangan Da'wah Islam Permata Hati pernikahan Personaliti Pesawat Ruang Angkasa Pesepakbola Muslim Pojok Ramadhan posisi imam wanita produksi awal program kerja Proyek Luar Angkasa Psikologi Puasa puasa daud puasa rajab Puasa Setiap Hari puasa sunnah puasa wanita hamil Puisi Puisi bahasa Ingris qunut nazilah QURAN radar lampung Radio Rajab Ramadhan ramalan cuaca Renungan Riba dan Jual Beli salafush shalih salah bacaan sholat Salam Khudam Sastra sedekah Sejarah Sejarah Islam SEKS Sentilan Seputar Daerah Buton Shalat shodaqoh shodaqoh melebihi kadar Sholat sholat dan keputihan sholat di rumah sholat ghoib sholat jamaah sholat jamaah estafet sholat jumat sholat jumat wanita sholat pindah tempat sholat qashar sholat sambil melihat mushaf sholat sendirian sholat sunnah sholat sunnah qobliyah isya sholat sunnah sebelum asar sholat sunnah setelah shubuh sholat takhiyatul masjid sholat wanita sifat dzatiyah sifat fi'aliyah Sihir Simpan Pinjam Sirah Siroh Shahabiyyah Software Islami Sosial Kemasyarakatan Sosiologi sujud sahwi sujud syukur sumpah dan nadzar Sunnah sutrah sutroh syafaat Syurga Tafakur Alam Semesta Tafsir Tafsir Al-Qur'an tahlilan Takbirotul ihram takwil mimpi tambal gigi tamsil Tanda Akhir Zaman Tanda-Tanda Kiamat Tanya jawab Tarbiyah Tasawwuf dan Adab tata cara tidur menurut sunnah Tata Surya Taufiq Ismail Tauhid tayammum Tazkirah Tazkiyah tazkiyatun nafs Tech News Teknik Sipil teladan Tenaga Kerja tertawa saat sholat Thoharoh tidak taat suami tinggi TK Tokoh Tokoh Dan Ulama Tokoh Islam Tools TPA Tsunami Tujuan Hidup tuntunan sholat uang pensiun dari riba uang riba ucapan assalamualaika UNCATEGORY Video da'wah video Motivasi Diri Video Muhasabah video murotal W. S. Rendra waktu membaca doa wanita wanita haid Wisata wudhu yasinan zakat zakat anak kepada orang tua zakat barang temuan zakat harta zakat harta warisan zakat hasil perkebunan zakat hasil pertanian zakat mal zakat padi zakat pns zakat tanah zina