عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ .
[رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبة البخاري وابو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة]
Erti Hadits
Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : “ Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.
(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Bukhori dan Abu al-Husain, Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim al-Qusyairi al-Naishaburi dan kedua kitab Shahih mereka merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang) .
Catatan :

Hadits ini ada sebabnya, iaitu: ada seseorang yang hijrah dari Mekkah ke Madinah dengan tujuan untuk dapat menikahi seorang wanita yang bernama : “Ummu Qais” bukan untuk mendapatkan keutamaan hijrah. Maka orang itu kemudian dikenal dengan sebutan “Muhajir Ummi Qais” (Orang yang hijrah kerana Ummu Qais).
Pengajaran yang terdapat dalam Hadits;
<!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]-->Niat merupakan syarat diterima atau tidaknya amal perbuatan, dan amal ibadah tidak akan mendatangkan pahala kecuali berdasarkan niat (kerana Allah Ta’ala).
<!--[if !supportLists]-->2. <!--[endif]-->Waktu pelaksanaan niat dilakukan pada awal ibadah dan tempatnya di hati.
<!--[if !supportLists]-->3. <!--[endif]-->Ikhlas dan memastikan niat semata-mata kerana Allah Ta’ala dituntut pada semua amal shalih dan ibadah.
<!--[if !supportLists]-->4. <!--[endif]-->Seorang mu’min akan diberi ganjaran pahala berdasarkan kadar niatnya.
<!--[if !supportLists]-->5. <!--[endif]-->Semua perbuatan yang bermanfaat dan mubah (boleh) jika diiringi niat kerana mencari kerrdaan Allah maka dia akan bernilai ibadah.
<!--[if !supportLists]-->6. <!--[endif]-->Yang membezakan antara ibadah dan adat (kebiasaan) adalah niat.
<!--[if !supportLists]-->7. <!--[endif]-->Hadits di atas menunjukkan bahwa niat merupakan sebahagian dari iman kerana ia merupakan amalan hati, dan iman menurut pemahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah membenarkan dalam hati, diucapkan dengan lisan dan diamalkan dengan anggota.
Nota: Dipetik dari “ Kitab al-Arba_’in al-Nawawiyyah ”
www.info-iman.blogspot.com