Assalamu 'alaikum.
Saya memulakan coretan pertama saya di alam siber ini dengan firman Allah SWT yang bermaksud;
" Demi Masa ! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh, serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran " [al-'Ashr: 1-4 ]
Semoga kita semua termasuk di kalangan orang yang beriman dan sentiasa beriltizam dan beristiqamah melakukan amal ibadat semata-mata mengharapkan ganjaran dan keredaan Allah SWT. Di samping itu, kita juga tidak lupa kepada keluarga dan msyarakat sekeliling kita. Kita hendaklah berusaha melakukan amar makruf dan nahi mungkar mengikut kemampuan masing-masing. Kita hendaklah sentiasa berusaha menyampaikan dakwah Islam kepada ahli keluarga, rakan taulan dan masyarakat umumnya. Ketika menempuh pelbagai pancaroba kehidupan yang sentiasa dipenuhi onak yang mencabar ini kita mestilah tabah dan sentiasa saling menasihati orang kita kasihi di kalangan orang beriman agar bersama menerima qadak dan qadar Allah SWT.
www.info-iman.blogspot.com