Sabtu, 25 Agustus 2012

Bagaimana pula hasil PENDAPATAN atau UPAH bagi jurugambar

Telah menjadi kebiasaan atau trend orang berkahwin masa kini yang biasanya membuat sesi pre-wedding atau selepas kahwin.

Bagaimana pula hasil PENDAPATAN atau UPAH bagi jurugambar yang terbabit.

Jawapan Oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman :

Menurut hukum Islam, perkahwinan sememangnya wajar dihebohkan dan digalakkan untuk menganjurkan majlis kenduri kendara. Selain menyambut hari bahagia, ia juga sebagai iklan kepada masayarakat berkenaan perkahwinan yang dibuat bagi mengelak salah tanggapan terhadap pasangan di kemudian hari. Hukum kenduri kahwin dan menghebahkannya
ialah sunat sahaja sebagaimana sabda Baginda SAW : "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Pun begitu, diakui bahawa hari ini susah semakin merebak trend menggunakan khidmat jurugambar professional atau separa professional untuk aktiviti bergambar sebagai kenangan perlu diteliti hukumnya.

Ringkasnya begini:-

1. Hukum bergambar secara umum : ia adalah harus dan tertakluk kepada jenis gambar yang diambil. Demikian fatwa majoriti ulama kontemporari termasuk 'Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi'.

2. Bergambar selepas bernikah

Ia bergantung kepada beberapa keadaan seperti berikut :-

a- Pakaian yang dipakai oleh pihak pengantin : Sekiranya pakaiannya mendedahkan aurat secara jelas atau sipi-sipi terdedah. Penggambaran itu adalah DIHARAMKAN jika diambil oleh jurugambar bukan mahram kedua-dua pengantin. Jika diambil oleh mahram kedua-duanya, maka tidaklah mengapa dengan syarat gambar yang dipetik tidak disiarkan kepada awam sama ada di flicker, facebook, youtube, blog atau lainnya. Ia hanya untuk kenangan peribadi sahaja.

Berhias (tabarruj) dengan menampakkan aurat dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman ALLAH SWT yang bermaksud : “Dan janganlah kamu bersolek(berhias) seperti mana wanita jahiliyah berhias. Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Surah Al-Ahzab : Ayat 33)

b- Pakaian menutup aurat namun dengan aksi peluk memeluk, cium mencium dan lain-lain aksi yang agak boleh mengghairahkan: Ia juga haram sekiranya jurugambar bukan mahram khususnya bagi pengantin wanita.

c- Pakaian menutup aurat dengan sempurna cuma bersolek dan berhias menarik dengan jurugambar asing atau bukan mahram. Dalam konteks ini, saya berpandangan, hukumnya adalah DIBENARKAN dengan syarat tiada aksi intim ditayangkan di hadapan jurugambar. Gambar juga DIBENARKAN untuk disebarkan kepada rakan taulan secara berpatutan sekadar member maklum perkahwinan telah dilangsungkan.

Adapun, jika timbul perasaan riya’, berbangga dengan pakaian yang dipakai dan majlis yang dianjurkan, itu merupakan dosa berasingan yang dilakukan oleh pasangan. Itu tidaklah menjadikan seluruh majlis dan aktiviti bergambar itu sebagai haram. Ia dianggap sebagai haram lighairihi jika berlaku.

Justeru, jika ada pasangan yang merasakan persiapan dan pakaian mereka terlalu mahal dan secara logiknya akan mengundang perasaan cemburu berlebihan di kalangan awam yang melihat, sebaiknya gambar yang terpapar diminimakan dari sebarang hebahan awam bagi menjaga hati sendiri dan orang lain yang akan melihat.

1. Bergambar sebelum bernikah (pre-wedding)
Ia juga bergantung kepada keadaan seperti berikut :-

a. Pakaian menutup aurat dengan sempurna dan pasangan diambil gambar mereka TANPA bersentuh atau TANPA lain-lain aksi yang boleh mengghairahkan seperti berbaring, berpelukan, berpegangan tangan atau lain-lain aksi yang khas untuk suami isteri yang sah sahaja. Dalam keadaan sebegini hukumnya di antara MAKRUH dan HARAM kerana dibimbangi nafsu masing-masing sukar dikawal apabila berada secara berdekatan, lalu ia boleh sahaja termasuk di dalam kategori “mendekati zina”. Justeru, ia sangat elok untuk dijauhi kerana keperluannya amat kurang dan hampir tidak diperlukan malah boleh jatuh di dalam kes pembaziran. Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau”.(Surah al-Isra’ : Ayat 26)

Imam al-Jurjani mengatakan bahawa al-Israf ialah mengeluarkan harta lebih daripada perkara yang diperlukan.Manakala al-Tabzir pula ialah mengeluarkan harta bukan kepada perkara yang diperlukan (perkara maksiat).

b. Pakaian tidak menutup aurat atau dengan aksi bak suami isteri : Ia adalah HARAM tanpa sebarang keraguan lagi. Ini juga fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia yang mana petikan beritanya berbunyi :

Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya HARAM di sisi Islam.

Kelaziman bakal pengantin beragama Islam merakamkan foto secara intim termasuk berpelukan dan berbaring di atas katil sebelum sah bergelar suami isteri daripada segi hukum adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Sehubungan itu, Institut Kebudayaan Melayu Jambi mengeluarkan kenyataan bahawa budaya berkenaan harus dicegah seiring dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) berhubung isu yang sama.

Menurut pengerusi bahagian kajian dan pembangunan institut berkenaan, Djunaidi T. Noer, amalan merakamkan foto pra-perkahwinan bukanlah budaya masyarakat Jambi dan tersasar daripada hukum Syariah. "Kami menyeru agar semua pasangan yang bertunang dan pengantin beragama Islam supaya tidak merakamkan foto pra-perkahwinan seperti berpeluk, berbaring antara satu sama lain di katil dan sebagainya. Ia merupakan haram," tegas Djunaidi seperti dilaporkan akhbar The Jakarta Post, hari ini.

UPAH JURUGAMBAR :

Mankala upah jurugambar semuanya tertakluk kepada hukum yang disebut di atas tadi, Jelasnya ia menjadi HARAM jika gambar intim lagi mesra pasangan dalam keadaan pre-wedding. Boleh pula menjadi halal lagi DIBENARKAN jika jurugambar adalah mahram pengantin perempuan khususnya.

Juga upahnya menjadi HARAM jika pengantin tidak menutup aurat, dan dibantu untuk memetik gambar mereka dan dihias menggunakan teknik fotografi yang canggih bagi mencantikan hasilan foto. Semua itu dikira bersubahat dalam perkara dosa dan maksiat yang ditegah oleh Allah SWT. Pendapatan sedemikian adalah TIDAK BERSIH lagi haram.

Boleh menjadi HARUS walau jurugambar bukan mahram tapi gambar diambil selepas pernikahan dan menutup aurat dengan sempurna serta tiada aksi yang boleh kebiasaan boleh merangsang nafsu biasa lelaki.

Artikel oleh : Dr Zaharuddin Abd Rahman

Semoga Bermanfaat

~ 7 Syawal 1433H ~
7 Destinasi Pengembaraan Roh
 

www.info-iman.blogspot.com

Label

'idul adha adab dan sunnah adik saudara sepersusuan adzan air kencing bayi air kencing Rasulullah Akhirat akhlak Akhlaq Kepribadian Akhwat akidah Al Qur'an Al Qur#039;an Al Quran Al-Qur'an Alam Aliran-aliran Amalan AMALIYAH NU anak Analisa Angin Aqidah Aqiqah Artikel Artikel IImiah Asmara Astronomi ASWAJA Azab Bab Adab Bab Nikah Bab Puasa Bab Sholat Bab Thaharah Bab Zakat bantahan belajar islam Berita bersin Bid'ah bid'ah dalam aqidah bid'ah dalam ibadah Biografi Biologi Bisnis Blackberry Budaya Budi Daya buka puasa buku Cantik Fisik catatanku Cerpen Chairil Anwar Curahan Hati Curhat daging qurban Dakwah Dakwah Pemikiran Islam dakwah umum Dambaan insan Dari Salafushshalih Dasar Islam Dasar Keislaman demam Desain Dhaif Do'a do'a buka puasa Do'a dan Dzikir Doa doa bersama doa sholat tarawih download dunia islam Dunia Islam Kontemporer Dzikir dzikir dengan tangan kiri Ekonomi Eksoplanet Emansipasi Emha Ainun Nadjib Fakta Ilmiah Fakta Jin-Iblis-Syetan Fakta Manusia faraidh Fenomena Asteroid Fenomena Bencana Alam Fenomena Bintang Fenomena Bulan Fenomena Bumi Fenomena Hewan Fenomena Kutub Fenomena Langit Fenomena Matahari Fenomena Meteorit Fenomena Petir Fenomena Planet Fenomena Ruang Angkasa Fenomena Tumbuhan Fiqh Fiqh Muamalat Fiqh Wanita Fiqih Fisika Galaksi Geografi Geologi gerhana gigi palsu Hadis Hadis 40 hadist Hadits Hadits Palsu HAID Halal Haram HAM HARI RAYA ID HUKUM ISLAM hukum natal bersama hutang i'tikaf Ibadah ibadah yang baik ibu mertua ilmu ilmuan muslim Ilmuwan imam terlalu cepat bacaannya IMAN Inovasi intermezzo Internet Iptek iqomah isbal Islam jabat tangan setelah sholat JADWAL RAMADHAN Jagad Raya Jalaluddin Rumi jamaah sholat jumat jenazah Jual Beli judi junub Kabar Dalam Negeri kabar manca negara Kahlil Gibran Kajian Karya Buku Karya Ulama KB Keajaiban Alam Keajaiban Hewan KECANTIKAN Kecelakaan Maut Kehutanan Kelautan keluarga Kepemerintahan Kepengurusan Kerajaan Kesehatan Keuangan Keutamaan KHITAN Khitan Wanita khurofat Khutbah Khutbah Jum'at khutbah jumat Khutbah Rasulullah saw Kiamat Kidung Hati Kimia Kisah Kisah Kami Kisah Nyata Kisah Orang-Orang Shaleh Kisah Teladan Komputer Konversi Energi Kosmologi Kumpulan Do'a Kumpulan Kata lafadz adzan lafadz iqomah Lain-Lain Lalu Lintas lembaga sosial Lingkungan Hidup Lubang Hitam macam puasa sunnah mahram Makanan mandi jum'at mandi wajib Manhaj Manusia Manusia dan Teknologi masjid masjid quba Masuk Perguruan Tinggi Matahari Materi gelap Mayit media cetak memandikan jenazah membayar zakat memotong kuku memotong rambut mendahului gerakan imam menemani sholat jamaah menembok kuburan mengadzankan mayit di liang kubur mengangkat tangan menghadiahkan pahala mengqadha puasa menguburkan jenazah mengucapkan selamat natal mengusap kepala Mengusap muka setelah berdoa menikah di bulan syawwal menikah setelah berzina meninggal dunia Meninggalkan sholat jum'at menjawab adzan menjual kotoran hewan menyapu kepala menyentuh wanita Meteorologi Meteorologi-Klimatologi mihrab Mineralogi minum air zamzam Motivasi motivasi belajar Motivasi Beramal MQ (menejemen qolbu) mu'athilah Muallaf muamalah Muhasabah Mungkar murottal Muslimah Muslimah Articles Musyabbihah Mutiara Hikmah Mutiara Kalimat Mutiara Tafakur Nabi Muhammad Nagham Alqur'an Nasehat Neraka News niat sholat nikah nisfu aya'ban Oase Iman Olah Raga OLAHRAGA Otak PAKAIAN panas PAUD Pendidikan Penelitian penelitian sunnah Pengembangan Diri Pengobatan Akibat Sihir Peninggalan Sejarah Penjajahan Pentingnya Waktu Peradaban Islam Perbandingan Agama dan Aliran Perbankan Pergaulan Perkawinan Perkembangan Da'wah Islam Permata Hati pernikahan Personaliti Pesawat Ruang Angkasa Pesepakbola Muslim Pojok Ramadhan posisi imam wanita produksi awal program kerja Proyek Luar Angkasa Psikologi Puasa puasa daud puasa rajab Puasa Setiap Hari puasa sunnah puasa wanita hamil Puisi Puisi bahasa Ingris qunut nazilah QURAN radar lampung Radio Rajab Ramadhan ramalan cuaca Renungan Riba dan Jual Beli salafush shalih salah bacaan sholat Salam Khudam Sastra sedekah Sejarah Sejarah Islam SEKS Sentilan Seputar Daerah Buton Shalat shodaqoh shodaqoh melebihi kadar Sholat sholat dan keputihan sholat di rumah sholat ghoib sholat jamaah sholat jamaah estafet sholat jumat sholat jumat wanita sholat pindah tempat sholat qashar sholat sambil melihat mushaf sholat sendirian sholat sunnah sholat sunnah qobliyah isya sholat sunnah sebelum asar sholat sunnah setelah shubuh sholat takhiyatul masjid sholat wanita sifat dzatiyah sifat fi'aliyah Sihir Simpan Pinjam Sirah Siroh Shahabiyyah Software Islami Sosial Kemasyarakatan Sosiologi sujud sahwi sujud syukur sumpah dan nadzar Sunnah sutrah sutroh syafaat Syurga Tafakur Alam Semesta Tafsir Tafsir Al-Qur'an tahlilan Takbirotul ihram takwil mimpi tambal gigi tamsil Tanda Akhir Zaman Tanda-Tanda Kiamat Tanya jawab Tarbiyah Tasawwuf dan Adab tata cara tidur menurut sunnah Tata Surya Taufiq Ismail Tauhid tayammum Tazkirah Tazkiyah tazkiyatun nafs Tech News Teknik Sipil teladan Tenaga Kerja tertawa saat sholat Thoharoh tidak taat suami tinggi TK Tokoh Tokoh Dan Ulama Tokoh Islam Tools TPA Tsunami Tujuan Hidup tuntunan sholat uang pensiun dari riba uang riba ucapan assalamualaika UNCATEGORY Video da'wah video Motivasi Diri Video Muhasabah video murotal W. S. Rendra waktu membaca doa wanita wanita haid Wisata wudhu yasinan zakat zakat anak kepada orang tua zakat barang temuan zakat harta zakat harta warisan zakat hasil perkebunan zakat hasil pertanian zakat mal zakat padi zakat pns zakat tanah zina