بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
Ada seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Akhirnya sembuh.
Ada seorang hamba DIA.. sakit, lalu dia makan ubat. Tidak juga sembuh.
Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Akhirnya dia lulus peperiksaan.
Ada seorang hamba DIA.. belajar dengan tekun. Tidak juga lulus peperiksaan.
Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Akhirnya berjaya.
Ada seorang hamba DIA.. berniaga dengan gigih. Tidak juga berjaya.
⊰♥⊱⊰♥⊱⊰♥⊱⊰♥⊱⊰♥⊱⊰♥⊰♥⊱⊰♥⊱⊰♥⊱⊰♥⊱
Biiznillah (dengan izin ALLAH SWT). Maka yakinlah DIA tidak zalim, tidak akan memberi sesuatu yang tidak berfaedah kepada hambaNYA.
Jika ubat itu tidak menyembuhkan, maka sakit itulah penghapus dosa..
Dan rintihan kesakitan bersama doa pengharapan itulah jalan yang mendekatkan kita kepada DIA.
Jika ketekunan belajar itu dibalas dgn kegagalan, maka yakinlah kegagalan menyebabkan kita belajar cara untuk berjaya, menambahkan lagi ketekunan dan memberi rasa nikmatnya apabila kejayaan diperoleh hasil usaha yang bersungguh-sungguh..
Teruskan melangkah, lupakan gundah,
Pastikan arah, yakinkan diri!!
Tekadkan semangat!!!
Semua akan lebih baik jika kita mahu berdoa, berusaha dan hanya padaNYA kita berserah :)
~ 9 Ramadhan 1433H ~
سبحانك الله وبحمدك أشهد أن لا إله إلا أنت، أستغفرك وأتوب إليك
www.info-iman.blogspot.com