بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
Segala puji bagi ALLAH SWT
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat.
CARA ENADAH TANGAN/BERDOA YANG BETUL
Doa adalah senjata orang mukmin. Pelbagai cara menadah tangan dilakukan ketika berdoa. Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan ALLAH SWT adalah lambang kesungguhan kita terhadap Sang Khalik.
Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan ALLAH SWT termasuk 99 Nama ALLAH.
Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan mementuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi huruf “Ba”. Titik “Ba” terletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf Hijaiah di dalam Al-Qur’an, ALLAH SWT perintahkan satu Malaikat menjaganya. Maka Malaikat yang menjaga huruf “Ba” bernama “Har Hayaail”. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap ALLAH SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sung
Berikut adalah Panduan dan Tatacara Berdoa :
1. Angkat tangan ke paras dada. Rapatkan kedua-dua belah tangan.
2. “Apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti Huruf ب .
3. Duduklah dalam keadaan Iftirasy dan duduk Tahayat Akhir. Jika berdiri, tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar.
4. Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran ALLAH SWT dan menyebut nama-nama ALLAH yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
5. Berdoalah bersungguh-sung
Ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga semenjak usia mereka masih kecil kerana insyaALLAH ia akan dapat membentuk peribadi yang baik dalam kehidupan mereka kelak…
Sumber : Ustaz Abdullah Mahmud
♥ ALLAH SWT MELIHAT ♥ ~ ♥ MALAIKAT MENCATAT ♥
♥ ﷲ ♥
~ 5 Zulkaedah 1433H ~
www.info-iman.blogspot.com