Rabu, 07 November 2012

Sebuah Renungan

Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh

بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

Segala puji bagi ALLAH SWT
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat.


Sebuah renungan.... ♥

Usahlah kau menagih belas kasihan dari manusia
Kerana belas kasihannya sekejap sekejap saja.

Bila kau sebatang kara dan menangis,
Mungkin manusia akan mendengar keluhanmu,
tapi sekejap sekejap saja.

Mereka akan bosan pada satu ketika,
kerana itulah tabiat manusia.
Lebih parah bila kau di uji si muka-muka
yang bergelumang nifaq dan cinta dunia

Kecuali mereka yang telah dikurniakan ALLAH SWT
rahmat pada jiwa-jiwanya.

Palingkan wajahmu hanya kepada DIA
yang lebih dekat dari urat lehermu,
yang lebih Menyayangi dan Mengasihanimu..

Walaupun kau sering saja lupa taat,
sujud dan bersyukur di atas segala nikmat,
yang telah zahir kepadamu dan yang tidak terlihat
bahkan kau selalu saja derhaka dan bermaksiat.

Jika sedikit ditarik nikmatNYA,
kau pasti terduduk dan ternganga.

Tiada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa ALLAH SWT..
Jangan kau zalimi diri..
Jangan kau zalimi orang yang lemah,
Kerana Yang Membalas dan Membelanya adalah ALLAH SWT...
Al-Jabbar, Yang Maha Gagah

Bila sakit, ingat.
Bila suka, lupa.

Sedarlah.
Malulah.....
Beradablah kepada ALLAH SWT....
Sebelum berakhir perjanjian,
Antara jasad dan jiwa...

Duhai Tuhan Pemilik Arasy yang Agung,
kepadaMU ku serah jiwa dan raga,
Apa yang telah KAU tetapkan sebagai anugerah,
akan tetap sebagai anugerah.
TanpaMU aku kan hilang segala-galanya.
Pandangan Kasih dan RahmatMU, yang kurayu dan kudamba,
sehingga ke penghujung nyawa.

AAAMIIIN YA RABB...

♥ ALLAH SWT MELIHAT ♥ ~ ♥ MALAIKAT MENCATAT ♥

♥ ﷲ ♥

~ 7 Zulkaedah 1433H

www.info-iman.blogspot.com