Kamis, 08 November 2012

Larangan Memaki Syaitan

Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh

بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

Segala puji bagi ALLAH SWT
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat.


Larangan Memaki Syaitan

Suatu ketika seorang sahabat meluahkan rasa sakit hatinya dengan memaki syaitan apabila haiwan tunggangan Rasulullah SAW tersandung. "Celaka syaitan". Rasulullah SAW yang kebetulan mendengarnya menasihati, Jangan berkata "Celaka Syaitan", kerana jika kamu berkata seperti itu, syaitan menjadi angkuh dan berkata : "Dengan kekuatanku akan ku buat dia jatuh." Ketika kau berkata, "Bismillah", syaitan akan menjadi sekecil lalat".
(HR Ahmad)

Diriwayatkan dari Abu Malih dari seorang lelaki, dia berkata, "Ketika aku dibonceng Rasulullah SAW, tiba-tiba unta beliau tergelincir. Serta-merta aku katakan, "Celakalah syaitan." Lalu beliau bersabda : "Jangan kamu katakan, 'Celakalah Syaitan', sebab jika kamu katakan seperti itu maka syaitan akan membesar sebesar rumah dan berkata, 'Demi kekuatanku'. Akan tetapi ucapkanlah "Bismillah," sebab jika kamu ucapkan lafaz tersebut, syaitan akan mengecil hingga sekecil lalat," (Shahih, HR Abu Dawud [4982]).

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah SAW beliau bersabda, "Janganlah kalian mencela syaitan tetapi berlindunglah kepada ALLAH SWT dari kejahatannya." (Silsilah Ahadaits ash-Shahihah [2422])

♥ ALLAH SWT MELIHAT ♥ ~ ♥ MALAIKAT MENCATAT ♥

♥ ﷲ ♥

~ 10 Zulkaedah 1433H ~

www.info-iman.blogspot.com