Sabtu, 20 Oktober 2012

Nasihat Luqmanul Hakim

Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.

Nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya;

“Wahai anakku, dampingilah selalu para ulama dan engkau jangan banyak berdebat dengan mereka agar jangan dibenci oleh mereka itu.”

“Ambillah daripada dunia sekadar keperluan dan biayakan (belanjakan) lebihan hasil usahamu untuk akhirat. Dunia jangan ditolak semuanya agar engkau tidak jadi ‘parasit’ (orang yang hidup menumpang pada orang lain dan tidak membalas apaapa)
yang menyusahkan manusia (orang) lain.”

“Selalulah berpuasa untuk menundukkan nafsumu. Tetapi janganlah sampai meletihkan badan dan merosakkan solatmu kerana solat lebih utama daripada puasa.”

“Janganlah engkau berteman dengan orang yang bodoh
sombong dan usah dirapati orang yang bermuka dua.”

www.info-iman.blogspot.com