Sabtu, 20 Oktober 2012

Jadilah umat yang rajin hari ini!

Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.

Banyak perkara yang kita tidak tahu - tapi itu bukan perkara terpenting untuk mencari rezeki dan alasan untuk hanya duduk menunggu pertolongan Allah tanpa melakukan apa-apa.

"Alat" wajib untuk mencari rezeki hanya dua - "rajin" dan "tidak berputus asa" - asalkan anda gunakan kedua-dua alat dalaman ini secara berterusan, percayalah Allah akan murahkan rezeki kita jika iman dan ketaqwaan kita pada Allah kuat.

Jangan dok malas dan mudah berputus asa - dan kemudian untuk berdoa untuk dimurahkan rezeki. Berusaha dulu dan doa - bukan sebaliknya tanpa melakukan apa-apa selain menunggu pertolongan daripada Allah.

Ingat balik bahawa kerajinan Rasullulah dan semangat tidak berputus asa beliaulah yang menjadi antara kunci terpenting kepada perkembangan Islam sehingga kini selain iman yang kuat.


www.info-iman.blogspot.com