Sabtu, 08 September 2012

Rasulullah Shollallohu 'Alaihi wa-Sallam bersabda: “Wahai Abu Al-Munzir, adakah kamu tahu apakah ayat dalam Kitab Allah yang bersama kamu, paling agung?”. Aku (Ubay) berkata: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui”. Sabda baginda: “Wahai Abu Al-Munzir, adakah kamu tahu apakah ayat dalam Kitab Allah yang bersama kamu, paling agung?”. Aku berkata: “Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum”. Lalu baginda menepuk dadaku, dan bersabda: “Semoga dipermudahkan ilmu bagimu, Abul Munzir”. (Sahih Muslim : 810).

Disebutkan dalam hadis Ubay Bin Kaab:

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم يا أبا المنذر أتدري أي آية من كتاب الله معك أعظم ؟ قال قلت الله ورسوله أعلم قال يا أبا المنذر أتدري أي آية من كتاب الله معك أعظم ؟ قال قلت الله لا إله إلا هو الحي القيوم قال فضرب في صدري وقال والله ليهنك العلم أبا المنذر

Maksudnya: Rasulullah Shollallohu 'Alaihi wa-Sallam bersabda: “Wahai Abu Al-Munzir, adakah kamu tahu apakah ayat dalam Kitab Allah yang bersama kamu, paling agung?”.
Aku (Ubay) berkata: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui”.
Sabda baginda: “Wahai Abu Al-Munzir, adakah kamu tahu apakah ayat dalam Kitab Allah yang bersama kamu, paling agung?”.
Aku berkata: “Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum”.
Lalu baginda menepuk dadaku, dan bersabda: “Semoga dipermudahkan ilmu bagimu, Abul Munzir”.
(Sahih Muslim : 810).


Nabi Rasulullah Shollallohu 'Alaihi wa-Sallam bersabda:

إذا أويت إلى فراشك فاقرأ آية الكرسي { الله لا إله إلا هو الحي القيوم } . حتى تختم الآية فإنك لن يزال عليك من الله حافظ ولا يقربنك شيطان حتى تصبح

Maksudnya: “Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi ‘Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum’, sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu, dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi”.
(Hr.Bukhari : 2187)
www.info-iman.blogspot.com