Sabtu, 08 September 2012

Orang yang mempercepatkan solatnya tanpa rasa khusyuk dan melupakan ALLAH SWT, maka solatnya tidak diterima ALLAH. Itulah solat orang-orang yang munafiQ.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

Orang yang mempercepatkan solatnya tanpa rasa khusyuk dan melupakan ALLAH SWT, maka solatnya tidak diterima ALLAH. Itulah solat orang-orang yang munafiQ.

Rasulullah SAW bersabda : “Itulah solat orang munafiQ, lalu mempercepatkan empat rakaat” (HR. Muslim)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Seburuk-buruk pencuri ialah yang mencuri dalam solat. Sahabat bertanya, bagaimana mereka mencuri dalam solat? Rasulullah SAW menjawab, mereka tidak sempurnakan rukuk dan sujud mereka (sujud dan rukuk dengan pantas, tiada toma’ninah)". (H.R. Ahmad , At Thabarani dan Ibnu Khuzaimah)

Suatu hari, selesai solat berjamaah, Rasulullah SAW duduk bersama para sahabatnya di salah satu sudut masjid. Tiba-tiba datang seorang lelaki ke sebuah sudut lain dan mengerjakan solat sendirian. Dalam solatnya orang itu ruku dan sujud dengan cara seperti mematuk-matuk (sekejap-sekejap) kerana terburu-buru.

Melihat hal itu, kemudian Rasulullah SAW berkata kepada para sahabatnya : “Apakah kalian menyaksikan orang ini? Barang siapa meninggal dalam keadaan [solatnya] seperti ini, maka ia meninggal di luar agama Muhammad”

Rasulullah SAW kemudian memperumpamakan orang itu seperti burung gagak yang sedang mematuk darah dan seperti orang lapar yang hanya makan sebutir atau dua butir kurma.
”Bagaimana ia boleh kenyang?” tanya Baginda.

Sikap terburu-buru dalam solat, hingga merosakkan gerakan dan makna solat, termasuk perbuatan dosa. Hal itu sama dengan memusnahkan thoma’ninah yang merupakan salah satu rukun solat. Padahal, tidak ada solat tanpa melengkapi rukun-rukunnya.
Jadi, dengan tidak dipenuhinya thoma’ninah, solat bukan sekadar tidak sah, tetapi solat itu dianggap tidak ada.

ALLAH SWT bahkan mengancam orang-orang yang solatnya seperti itu dengan kutukan bahawa mereka akan celaka. Sebabnya, dengan meninggalkan thoma’ninah, mereka sudah lalai dalam solat
(QS Al-Ma’un : Ayat 4).

Mengapa ALLAH SWT dan Rasulullah SAW mencela dan mengancam perbuatan itu, sampai disamakan dengan mencuri?

Solat adalah hubungan batin antara hamba dan Tuhannya. Hubungan khusus itu mengandung makna penghambaan dan penghormatan kepada Pemilik kehidupan, ALLAH Yang Maha Agung.
Membuang thoma’ninah merupakan bukti bahwa orang yang melakukan solat itu tidak sungguh-sungguh dalam melakukan penghormatan terhadap ALLAH SWT, bahkan hal itu juga termasuk penghinaan.

Dalam hubungan antara sesama manusia saja terdapat budaya sopan santun. Justeru, apatah lagi terhadap ALLAH SWT yang telah memberikan kepada manusia segala kenikmatan dalam kehidupannya.

~ 19 Syawal 1433H ~

www.info-iman.blogspot.com