Sabtu, 08 September 2012

La Tahzan… Lakukan semua hanya kerana ALLAH SWT

Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh

بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

Apabila semua yang kita lakukan tidak membuahkan hasil dan
tidak tahu lagi apa yang akan kita lakukan
Ingatlah kita masih boleh bersandar pada DIA Yang Maha Pengasih.

Apabila hidup diselubungi kegelapan
Carilah cahaya itu dari DIA Yang Memberi Cahaya.

Apabila dibelenggu masalah sedangkan tiada satupun yang mahu membantu
Ingatlah pada DIA yang tak pernah melukai hati kita
DIA Yang Maha Baik dan Maha Adil.

Apabila hati terluka dan sakit, menumbangkan segala harapan
Jangan berputus asa kerana DIA melihat segala-galanya.

Apabila lemah tak berdaya, sedangkan perjalanan yang harus ditempuh masih jauh
Carilah kekuatan itu dari DIA Yang Maha Perkasa.

Apabila hidup ini dirasakan seperti beban
Bangunkanlah semangat kita dengan keyakinan akan IradatNYA.

Apabila jalan di depan berselimut mendung
sedangkan tiada sesiapapun yang sudi menemani
Carilah jalan lurus itu dari DIA Yang Satu-satunya Panduan Hidup.

Apabila orang-orang di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluh kesah kita
Jangan merasa kecewa kerana DIA Yang Maha Mendengar.

Apabila kita dalam kedukaan, sedangkan tak ada tempat untuk melarikan diri
Mengadulah pada DIA Yang Maha Esa.

Apabila bersendirian dan kedukaan tiada penghujung
Serahkan diri pada DIA satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan nyata.

Apabila hati terluka dan diri dihantui kebimbangan
Ingatlah bahawa DIA bersama-sama orang yang sabar.

Semangatlah sahabatku…
La Tahzan…
Lakukan semua hanya kerana ALLAH SWT

~ 12 Syawal 1433H ~

www.info-iman.blogspot.com