Sabtu, 08 September 2012

Kasihnya ibu Membawa ke syurga Kasihnya saudara Masa berada

Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh

بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia

Berbaktilah kepada orang tuamu selagi mereka masih hidup. Jangan biarkan mereka bersendirian ketika kita masih berupaya untuk membuat mereka gembira.

Jika anda masih ada ibubapa, jadilah anak yang taat.
Jika anda ada anak2, didiklah mereka supaya menjadi anak yang taat.

ALLAH SWT berfirman, "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah." (Surah al-Ahqaf : Ayat 15)

Rasulullah SAW bersabda, "Redha ALLAH bergantung pada redha ibu bapa kamu dan murka ALLAH bergantung pada murka ibu bapa kamu." (HR al-Hakim)

Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya ALLAH mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu kamu". (HR Bukhari no: 5975 Kitab al-Adab)

Dari Abu Bakrah ra, Rasulullah SAW bertanya, "Mahukah aku beritahu kalian dosa terbesar dari dosa-dosa besar ?" (1) Mempersekutukan ALLAH. (2) Derhaka kepada ibu atau bapa. (3) Membuat kesaksian palsu. (HR Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda, "Ada tiga orang yang tidak akan masuk syurga: 1) orang yang derhaka kepada ibu bapanya. 2) lelaki yang dayus. 3) perempuan yang menyerupai laki-laki." (HR Nasa'i, Bazzar dan Hakim)

Rasulullah SAW, "Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya ALLAH akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia." (HR Hakim)

Ibu bapa adalah insan yang paling berharga buat kita.
Sudahkah anda mendoakan kedua ibu bapa anda hari ini???
Jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah buat mereka ya... ^_^

~ 18 Syawal 1433H ~

www.info-iman.blogspot.com