Selasa, 11 September 2012

Janganlah tunggu seseorang ajak melakukan apa jua bentuk kebaikan kepada kita barulah kita hendak melakukan kebaikan.

Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.


Janganlah tunggu seseorang ajak melakukan apa jua bentuk kebaikan kepada kita barulah kita hendak melakukan kebaikan.

contoh,

"kenapa kau tak ajak aku gi masjid?"
"kenapa kau tak ajak aku gi ceramah?"

Usah tunggu!
Anda yang akan rugi kerna Allah sendiri telah mengajak anda melakukan kebaikan.

"...maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan..."(Surah Al-Baqarah 2:148)
"...maka berlumba-lumbalah berbuat kebaikan..."(Surah Al-Maidah 5:48)

Dalam Surah Al-Mu'minun, Allah turut menyebut di antara ciri-ciri orang yang takut akan azab Allah adalah orang yang bersegera berbuat baik.

"mereka itu bersegera dalam kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang yang terlebih dahulu memperolehnya."(Surah Al-Mu'minun 23:61)

Azan berkumandang 5 kali sehari pun Allah mengajak kita solat dahulu, barulah memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat.

Andainya kefahaman begini yang ada dalam kepala kita. Pasti semuanya berlumba-lumba melakukan amal soleh tanpa menunggu - nunggu lagi.

Itulah pentingnya kefahaman. Tarbiyah diri. Islah diri. Tajdid niat. Tarbiyah itu bukan hanya untuk manisan pada kata - kata, tetapi dengan beramal dengan kefahaman yang benar dan jelas, barulah rasa kemanisan tarbiyah itu.

Muhasabah bersama. moga Allah redha


www.info-iman.blogspot.com